Shahih at-Targhib wa at-Tarhib

image0003

InsyaAllah dari masa ke masa saya akan berkongsi bersama kalian beberapa buah kitab yang telah di-softcopy-kan oleh saudara kita, yang inginkan manfaat kitab tersebut dirasai oleh segenap kaum muslimin.

Untuk kali ini, kitab yang akan dikongsikan ialah Kitab Shahih at-Targhib wa at-Tarhib atau dalam terjemahannya berjudul Hadis-Hadis Shahih Tentang Anjuran dan Janji Pahala, dan Ancaman dan Dosa.

Kitab ini yang merupakan hasil cantuman hadis-hadis Rasulullah saw yang dihafal oleh Imam al-Hafizh al-Mundziri, seorang ulama besar hadis, berkaitan Targhib (anjuran, dorongan, motivasi, janji pahala, balasan dan syurga) dan Tarhib (ancaman, peringatan, pantangan, akibat buruk, dosa dan neraka) dalam masalah akidah, ibadah, akhlak dan mua’malah. Namun yang kekurangan adalah tidak semua hadis yang dicantumkan al-Mundziri dalam kitab tersebut berderajat shahih dan dapat dijadikan landasan.

Oleh kerana itu, Imam ahli hadis adab ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, tampil dengan memberikan jalan penyelesaian. Beliau melakukan pengkajian ilmiah (ilmu tahqiq) terhadap hadis-hadis yang telah dicantumkan oleh al-Mundziri dan membukukan hadis yang berstatus shahih dan hasan dalam satu kitab tersendiri; yakni Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, manakala hadis yang berstatus dha’if dan lebih parah dari itu beliau letakkan dalam Kitab Dha’if at-Targhib wa at-Tarhib.

Itulah kekuatan kitab ini. Segala isinya sudah melalui proses pengkajian ilmiah untuk menentukan statusnya. Maka tidak seharusnya dilepaskan peluang untuk merujuk, mengkaji dan seterusnya beramal dengan hadis yang ada dalam kitab ini.

Jilid 1 bagi Kitab Shahih at-Targhib wa at-Tarhib menyertakan hadis-hadis yang berkisar dalam bab Ikhlas, Sunnah, Ilmu, Thaharah, dan Shalat.

Melalui laman ini saya sertakan Kitab Shahih at-Targhib wa at-Tarhib dalam bentuk softcopy yang bolehlah kalian muat-turun dari Box.net widget di subhalaman sebelah.

Jika kalian berminat, memiliki yang asli dari kitab ini adalah lebih baik.

Moga bermanfaat.

Terima kasih ditujukan buat warga Kampung Sunnah atas usaha mereka tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s