As-syamaail Al-Muhammadiah

image00011

Siapakah tidak mengenal Muhammad bin Abdullah, seorang hamba Allah dan Rasulullah, yang diutuskan Allah swt sebagai pembawa rahmat untuk seluruh alam, sepertimana firman Allah swt:

21_107

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [Al-Anbiyaa’: 107]

Keperibadiannya terpuji lagi mulia. Tiadalah yang difikirkan melainkan keselamatan ummatnya. Begitulah dalamnya cinta Rasulullah kepada ummatnya, yakni kita. Cinta ini diabadikan Allah swt melalui kalam-Nya yang mulia:

9_1281

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” [At-Taubah: 128]

Maka, apakah yang menghalangi kita untuk mencintainya? Merupakan kewajipan bagi kita untuk berusaha mencintainya. Bersungguh-sungguh untuk mengenalinya. Melakukan pengkajian ke atas perjalanan hidupnya. Tidak mahukah kita?

Jika ya jawapannya, buku ini merupakan salah satu kitab yang seharusnya kita miliki.

Berjudul “As-syamaail Al-Muhammadiah” (Judul Terjemahan: Terjemahan Hadis Mengenai Peribadi dan Budi Pekerti Rasulullah saw), kitab ini disusun oleh Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin ad-Dhahkak as-Sulami atau lebih dikenali sebagai Imam at-Tirmidzi.

Beliau telah melukiskan perihidup Rasulullah saw secara sistematik, dimulai dari menggambarkan bentuk fisikal Baginda saw sehingga sampai pada segala perihal jalan hidup Baginda saw yang menunjukkan perjuangan, ketekunan ibadah serta akhlaknya yang mulia.

Kitab ini bukan sahaja mengandungi sebahagian besar hadis-hadis yang terdapat dalam Kitab Sunan Tirmidzi malah turut mengandungi hadis-hadis yang tafarrud, yakni hadis yang tidak terdapat dalam kitab sunan beliau.

Mengandungi 55 bab yang memuatkan 397 hadis-hadis tentang peribadi dan budi pekerti Rasulullah saw, kitab ini secara khususnya dipuji oleh ramai ulama’ seperti Muhammad bin Muhammad al-Jazari melalui bait-bait syairnya:

“Teman-temanku,
walau kekasih jauh tempat tinggalnya,
kalian tak dapat bertemu dan tak dapat melihatnya,
namun inilah kitab tentang peribadi dan budi pekertinya,
menguraikan kesempurnaan jasmaninya,
budi pekertinya,
dan segala sifat yang tak terhitung keutamaannnya.”

Sedangkan Ali bin Sulthan ak-Qari mengemukakan:

“Di antara kitab terbaik yang pernah ditulis tentang peribadi dan budi pekerti Rasulullah saw ialah kitab Imam at-Tirmidzi ini, disusunnya ringkas tapi padat, sempurna isinya mengenai perikehidupannya. Orang yang membaca kitab ini, bab demi bab, seakan-akan berhadapan dengan Rasulullah saw serta melihat keindahan peribadinya.”

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kitab ini.

Semoga Allah swt merahmati semua yang terlibat dalam usaha menerbitkan buku ini sehingga kitab ini masih kekal bersama kita hari ini.

Moga bermanfaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s