Blog

Assalamualyum wa rahmatullah,

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kami memujiNya, memohon pertolonganNya, dan memohon ampunanNya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan kejelekan amal kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan maka tiada ada yang memberikannya petunjuk untuknya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya.

Amma ba’du.

Khas untuk pengunjung laman blog ini,

Blog ini adalah suatu perkongsian tentang hal-hal yang (pada pendapat saya) bermanfaat buat saudara/saudari. Sebahagiannya adalah dari sumber yang saya miliki (kitab-kitab) dan sebahagian yang lain adalah dari gerak-fikir (kajian) saya.

Terutamanya yang berkaitan dengan bidang-bidang yang tidak didalami secara benar, saya lebih suka merujuk kepada sumber-sumber yang telah pun ada dan dipercayai. Jadi, segala yang diterbitkan di blog ini (bulat-bulat) bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi hanya untuk perkongsian. Semoga bermanfaat.

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda,

“Sesungguhnya di antara yang mengikuti seorang mukmin dari amak dan kebaikannya setelah kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkan, anak yang shalih yang ditinggalkan atau mushaf yang diwariskan atau masjid yang dibangunkan atau rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya atau sungau yang dialirkannya atau sedekah yang dikeluarkannya daru hartanya pada saat dia sehat dan masih hidup, semuanya akan mengikutinya setelah kematiannya.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad hasan dan al-Baihaqi. Ibnu Khuzaimah juga meriwayatkan dalam Shahihnya dengan riwayat senada, hanya saya dia berkata “Atau sungai yang digalinya,” tanpa menyebut mushaf.[a]

[a] Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, dalam Kitab Ilmu, bab 1, no 11

4 thoughts on “Blog

  1. salam ukhuwwah..
    hanya mahu minta bantuan. bleh x akhi postkan ringkasan haza ad-deen bab yg ke-4. saya kurang jelas sebab bahasa yang di gunakan agk tinggi.saya amat berterima kasih kalau akhi mampu bantu saya..jazakallahu khair..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s