Karya

Assalamualykum wa rahmatullah,

Koleksi sajak ‘Ukhuwwah Ini’ adalah hasil para saudaraku semasa sesi luahan hati di Elwood Beach, VIC. Moga luahan mereka bermanfaat buat anda semua.

1) Nukilan NAB

Ukhuwwah ini,
Mengikat hati-hati kita,
Menyusun rapat dalam satu saf,
Yang utuh, kukuh.

Bisakah dileraikan,
Dihancur lebur,
Oleh tangan-tangan nista,
Yang tiada rangkaian dengannya?

Tapi yang pasti,
Ia adalah sangat rapuh,
Bak istana pasir,
Andai api itu dari dalam sekam.

Nah,
Bukankah itu yang berlaku,
Membiar api membakar,
Sedang ia dirahsiakan.

Bukalah pintu hati,
Untuk dibersihkan,
Dengan ukhuwwah yang telus,
Dengan nasihat yang tulus.

Kerana ukhuwwah ini,
Memastikan perjalanan kita,
Sampai ke destinasinya,
Yang tinggi melangit.

Kerana ukhuwwah ini,
Kita tanggung bersama..

2) Nukilan NAA

Kerana ukhuwwah ini,
Sudah bertahun kita bersama,
Di jalan yang menjanji duga,
Mencari keredhaan yang Esa.

Siapa sangka?
Hanya dengan ukhuwwah,
Semuanya ringan belaka,
Semuanya manis tak terkira.

Kerana ukhuwwah ini,
Aku dan egkau tiada beza
Selisih kata, cepat dilupa,
Muram durja, terus ceria,

Jalan duga ini bukan jalan biasa,
Semua ada cubaanya…namun,
Namun setiap bencana kita kongsi rata,
Tiada belah beza,

Kerana ukhuwwah ini,
….kita tanggung bersama,

3) Nukilan SA

Ukhuwwah ini
Cantik dan berseri
Indah namanya seharum wangian firdausi
Anugerah Illahi pada hamba-Nya yang terpuji
Tanda kasih buat mereka yang berbakti

Sejak mula ku kenali jalinan ini
Hatiku terpaut, takut untuk ku lepaskan ikatan ini
Kerana manisnya nikmat ukhuwwah ini
Ku harap, ianya berkekalan hingga ke akhirat nanti

Walaupun timbunan onak dan duri menanti dihadapan
Tidak takut untuk ku tempuhi
Kerana ku tahu langkah ku tidak sendirian
Bersamaku soff pejuang yang tegak menjulang
Menanti rintangan datang, ayuh..kami sedia berjuang

Namun jalanan ini masih panjang
Bukan disini tempat perhentian
Langkah kaki mesti diteruskan
Bersama harapan dan teman
Meskipun halangan tak terhenti datang menjelma
Kerana ukhuwwah ini, kita tanggung bersama

4) Nukilan MR

Ukhuwwah ini,
Bukan ketawa berkongsi gembira
Apatah sedih bermandi air mata
Ukhuwwah ini, ukhuwwah suci
Mahu menggapai redha Ilahi
Muliakan islam di persada duniawi
Getir menggalas tugas nabawi
Pergi yang tua, yang muda mengganti
Begitu fitrah jalan ini

Jalan yang kau pilih tak selalunya indah
Jalan ini penuh pancaroba
Kesenangannya bisa membawa leka
Kesukarannya bisa mengundang putus asa
Tak tertanggung oleh manusia biasa

Mari kita cangkul bendang kefahaman
Mari kita semai benih keikhlasan
Mari kita suburkan dengan baja iman
Kita jaga tanaman ini,
dengan pagar ukhuwwah suci

Ukhuwwah ini
Terkadang kering tak disangka
Lumrah manusia yang tak sempurna
Disapa badai ujian bertimpa
Jangan kau tunduk menanti binasa
Kerna ujian membentuk si JUARA

Mehnah dan ujian akan senantiasa ada
Teman, jangan kau susah hati sakit kepala
Kerana ukhuwwah ini, kita tanggung bersama

5) Nukilan DN

ukhuwwah ini ibarat laut dan pantai
ibarat gunung dan lembah
tiada laut, tiadalah pantai
tiada gunung, tiadalah lembah

bermula dengan salam perkenalan
dihiasi senyum ikhlas tanda kasih sayang
diuli-uli digaul mesra
disebatikan atas satu tonggak yang suci
mencari redha ilahi

enaknya makan berdulang sama
gembira hati bersama kembara
program, daurah, nadwah, halaqah, kuliah
pelengkap usrah penaut ukhuwwah

tidakkan ku cari tautan yang lain
walau bulan jatuh ke riba
walau bumi terbelah dua
kerana ukhuwwah ini
kita tanggung bersama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s