Wala’

Isu pembuangan bayi merupakan isu yang sejak dari dulu masih belum selesai. Kenapakah isu ini didiamkan, tidak diendahkan dan tidak ditunjukkan reaksi secara lantang terhadap ‘pembunuhan senyap’ pelapis negara kita ini?

Assalamualykum wa rahmatullah,

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat di negara kita sedang dilanda isu panas mengenai Bersih 2.0 sehingga menenggelamkan banyak perkara lain yang lebih utama seperti masalah sosial yang kian meruncing (pergaulan bebas, buang bayi), golongan remaja kita yang kuat diserang musuh-musuh Islam (hiburan terlampau yang melalaikan tanggungjawab Islam), kehadiran Ramadhan yang kurang dari sebulan lagi dan lain-lain. Pelbagai pihak telah memberi pandangan dan menyatakan pendirian masing-masing. Namun, untuk kita melangkah ke arah itu, perlu kita undur selangkah ke belakang untuk melihat yang tersirat bagi menjelaskan yang tersurat.

1-Jika dilihat 8 tuntutan yang diajukan oleh Bersih 2.0 tiada siapa yang bersih fitrah dan sihat akalnya akan menolak tuntutan tersebut. Sebagai seorang mikmin yang soleh, Islam mengajar kita agar berakhlak mulia dalam interaksi kita sesama manusia, memenuhi janji, menjalankan amanah kepimpinan sebaiknya, tidak menindas dan mengabaikan hak-hak mereka yang di bawah pimpinan kita. Bukalah lembaran Al-Quran dan helaian Hadis Rasulullah tidak sesekali kita diperintahkan untuk berbuat yang sebaliknya.

2-Bila berbicara mengenai Islam, setiap mukmin yang soleh wajib mengetahui salah satu perintah Allah dan teladan Rasulullah iaitu konsep Wala’. Wala’ yang jika diterjemah memberikan maksud kesetiaan, mengajar setiap mukmin yang soleh untuk tahu dimanakah dan kepada siapakah kesetiaan sewajibnya mereka letak dan berikan. Telusurilah lipatan Sirah Para Nabi dan belajarlah dari Rasulullah dan Nabi Ibrahim. Renungilah ciri-ciri kesetiaan mereka dan jadikan ia sebagai ciri kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan musuh-Ku dan musuhmu sebagai teman-teman setia sehingga kami sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) kerana kasih sayang, padahal mereka telah ingkar kepada kebenaran yang disampaikan kepadamu…Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sungguh, dia telah tersesat dari jalan yang lurus.” [al-Mumtahanah:1]

“Jika mereka menangkapmu, niscaya mereka bertindak sebagai musuh bagimu lalu melepaskan tangan dan lidahnya kepadamu untuk menyakiti dan mereka ingin agar kamu (kembali) kafir.” [al-Mumtahanah:2]

3-Wala’ sebagai ciri seorang mukmin yang soleh mewajibkan kita meletakkan kesetiaan hanya kepada 3 peringkat sahaja iaitu Wala’ kepada Allah, Wala’ kepada Rasulullah dan Wala’ kepada orang muslim. Tidak sesekali kita diperintahkan untuk memberi Wala’ kepada yang selain dari ini. Sebaliknya, kita diperintahkan untuk bersikap Bara’ (mengingkari dan berlepas diri) terhadap mereka yang secara jelas dan terang memusuhi kita dan Islam.

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” [al-Mumtahanah:8]

“Sesungguhnya Allah hanya melarang kami menjadikan mereka sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halamanmu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Barangsiapa yang menjadi mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim.” [al-Mumtahanah:9]

4-Bila bercakap mengenai musuh yang secara jelas dan nyata memusuhi Islam, setiap mukmin yang soleh wajib peka dan mengetahui identiti sebenar mereka. Tidak boleh sesekali kita melupakan dan tidak mengambil endah. Tahukah kita bahawa Ambiga Sreenevasan merupakan musuh Islam yang memperjuangkan kesamarataan agama, yakni agama semuanya sama dan tiada yang lebih tinggi berbanding yang lain? Tahukah kita bahawa Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang bertindak sebagai peguam dalam kes untuk menghalalkan proses murtad Lina Joy? Tahukah kita bahawa Ambiga Sreenevasan adalah salah seorang yang terlibat dalam penubuhan Inter-Faith Council (IFC) yang cuba mencabar ketinggian agama Islam?

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang-orang yang dimurkai Allah sebagai penolongmu, sungguh, mereka telah putus asa terhadap akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur juga berputus asa.” [al-Mumtahanah:13]

Akhir sekali, memang tidak dinafikan bahawa setiap mukmin hari ini banyak melakukan kesilapan. Namun, dalam usaha kita memperbaiki dan menyeru mereka kembali kepada kebaikan, haruslah diteliti dan ditimbang sebaik mungkin apakah kaedah yang terbaik boleh dimanfaatkan. Prinsip fiqh keutamaan mestilah dijadikan sandaran; adakah kaedah kita melakukan perubahan itu lebih membawa kemudharatan atau kebaikan? Wala’ jangan sesekali kita ketepikan dan Islam wajib kita jadikan rujukan. Kembalilah kepada Al-Quran dan ajaran Rasulullah yang pasti banyak mengajar kita jalan penyelesaian yang lebih baik. Jika kita benar-benar inginkan perubahan, insyaAllah urusan akan dipermudahkan. Janganlah tergesa-gesa bertindak yang membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Moga bermanfaat.

———-

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s