Cinta Rasul

An-nabiyyu awlaa bil mu’minina min anfusihim [al-ahzab:6]

Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dibandingkan diri mereka sendiri” membawa erti kita mesti mencintai Rasulullah saw melebihi dari mencintai diri kita sendiri dalam setiap urusan.

Diriwayatkan daripada Tamim ad-Dari ra, bahawa Nabi saw bersabda, “Ad-din itu an-nasihah.” Baginda saw mengulanginya sebanyak tiga kali. Kami pun bertanya, “Untuk siapakah, wahai Rasulullah?” Jawab Baginda saw, “Untuk Allah dan Kitab-Nya dan Rasul-Nya dan pemerintah-pemerintah orang Islam dan orang awam Islam.” [Riwayat Muslim, Sahih]

Nasihah untuk Rasul-Nya adalah si pemberi nasihat, yakni orang-orang mukmin, sangat mencintainya melebihi diri sendiri, sangat mengambil berat mempelajari sirah dan sunnah Baginda, melaksanakannya dan bersegera menyambung perjuangan Baginda saw serta Rasulullahlah contoh ikutan bagi dirinya.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan banyak mengingati Allah.” [Al-Ahzab:21]

Mencintai Rasulullah saw adalah sebahagian dari iman

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya dan anaknya.

Dari Anas, berkata bahawa Nabi saw bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang dari kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya, dan semua manusia.

Rujukan:
1-Ringkasan Shahih Bukhari, Muhammad Nashiruddin al-Albani
2-Himpunan Ilmu dan Hikmah, Imam Ibnu Rajab al-Hanbali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s