Nur Allah Tetap Sempurna Walaupun Mereka Benci

SIOA nationwide ad campaign kicks off in Miami: “Leaving Islam” bus ads hit the streets
from: Pamela Geller, Atlas Shrugs

Today our SIOA “Leaving Islam” ad campaign rolled out on the streets of Miami in response to the misleading CAIR dawah (invitation to islam) bus campaign.

This is the first time anyone has offered public help to those who are threatened under Islam’s apostasy law. In the Land of the Free, government and law enforcement should be on this. But they aren’t. So we are. It is time for free citizens to stand for freedom — or lose it.

One of the first projects that we’ve been working on for Stop the Islamization of America and the Freedom Defense Initiative organization that I started with Robert Spencer was a bus campaign to counter the dawah campaign of the Muslim Brotherhood.

For those of you curious as to why we created and organized a bus campaign to offer resources to Muslims who are desperate to leave Islam, I shall explain.

The bus campaigns that Muslim Brotherhood groups (CAIR, ICNA, ISNA) were sponsoring across the country inviting conversion to Islam (dawah) were deceptive and injurious. It was important to counter balance the taqiya with a healthy message ………… So I developed the above bus ad with the help of the enormously talented Big Fur Hat to roll out nationwide, kicking off with South Florida.

Our pro-freedom campaign rolled out today on the following buses all over Miami — Route 3 (Biscayne Blvd and US1), Route 88 (Kendall Drive SW 88th Street, from the Dade and North Metro Rail station to SW 80th street), Route 40 (Bird Road SW 40th Street), Route L (Hialeah along 79th Street Causeway, Collins Avenue to Miami Beach Convention Center), Route E (Collins Avenue), Route 11 (FIU Bus terminal to FIU South campus, West Flagler street ends at Government center Metro station) — split between curb side and street side.

Here are the bus maps: Download Bus

Any Atlas Florida readers who see these ads, please snap some pics for mama.

We need funds to roll it out nationwide. People need to be educated. Help us get there. Send your paypal donation to director@jihadwatch.org and specify that they’re for the bus ad campaign. Until SIOA is set up as a 501C3, donations should go through Jihadwatch. And join the SIOA Facebook group.

The Islam campaign is pictured below. But today the ads are running up and down the hot highways of Miami ………….


San Francisco


Twin Cities


Miami


Chicago

America is the land of the free, and apostates must know they are free here. Safe here.

Rifqa Bary can do it. So can you. Freedom of religion is an unalienable right. Sharia law holds no weight or legitimacy here. Apostates are deliciously free to leave Islam and be who and whatever that want to be.

That was the objective of the bus campaign created for SIOA and FDI. We set up a website RefugefromIslam.org for would-be apostates from Islam.

We want to help.

Perseteruan sengit terhadap Islam sejak dahulu hingga sekarang
oleh As-Syahid Sayid Qutb

Tafsir ayat 7 hingga 9 dari surah As-Saff: Membicarakan tentang sambutan musuh-musuh Allah terhadap kedatangan Nabi Muhammad saw yang diumumkan di dalam kitab-kitab suci mereka dan juga membicarakan tentang usaha-usaha mereka yang jahat terhadap agama yang baru itu, iaitu Islam.

“Tetapi apabila dia (Ahmad) datang kepada mereka membawa ayat-ayat yang jelas, mereka berkata: Ini adalah suatu sihir yang nyata.

Dan siapakah yang lebih zalim dari orang yang sanggup membuat dusta terhadap Allah, sedangkah dia diseru kepada agama Islam? Dan Allah tidak memberi hidayat kepada kaum yang zalim.

Mereka mahu menadamkan nur (agama) Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibencikan orang-orang kafir.

Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya membawa hidayat dan agama yang benar supaya Dia menonjolkannya ke atas seluruh agama yang lain walupun dibencikan para Musyrikin.”

Dalam menghadapi agama yang baru ini, musuh-musuh Allah telah mengambil sikap bermusuh dan merancang tindakan-tindakan jahat dan usaha-usaha menyesat dan mengelirukan. Mereka telah memeranginya dengan berbagai-bagai sarana dan cara. Antaranya adalah:

– Mereka memeranginya dengan melemparkan tuduhan, “apabila dia (Ahmad) datang kepada mereka membawa ayat-ayat yang jelas, mereka berkata: Ini adalah suatu sihir yang nyata”.

– Mereka juga telah memerangi agama yang baru ini dengan menaburkan hasutan dan fitnah pergaduhan di dalam khemah Islam untuk melaga-lagakan di antara kaum Muhajirin dan Ansar, dan di antara Aus dan Khazraj di dalam barisan Ansar.

– Mereka memerangi dengan membuat pakatan sulit dengan kaum Munafiqin dan terkadang dengan kaum Musyrikin. Mereka memeranginya dengan menggabungkan diri mereka dengan pihak-pihak musuh yang menyerang sebagaimana yang telah berlaku dalam Peperangan al-Ahzab.

– Mereka memeranginya dengan membuat desas-desus dan berita angin yang dusta sebagaimana yang telah berlaku dalam peristiwa tuduhan curang yang dusta terhadap Sayyidatina ‘Aisyah yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay bin Salul, dan apa yang berlaku dalam peristiwa fitnah Sayydina ‘Uthman yang dilakukan oleh musuh Allah, Abdullah bin Saba’.

– Mereka memeranginya dengan cerita-cerita bohong dan karut kaum Israel yang dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadis, sirah dan tafsir setelah mereka gagal untuk memasukkan pembohongan-pembohongan mereka di dalam kitab suci al-Qur’anul Karim.

Mereka terus memerangi Islam tanpa mengenal gencatan senjata walau satu saat sekalipun hingga ke hari ini.

Gerakan Zionisme Antarabangsa dan Gerakan Salib Antarabangsa terus-menerus merancang tindakan-tindakan jahat terhadap Islam. Mereka terus menyerang dan mengganyang Islam dan tidak pernah berhenti dan berdamai dalam mana-mana generasi sekalipun. Mereka memerangi Islam di dalam peperangan-peperangan Salib di Timur, dan memerangi Andalusia di Barat, dan mereka memeranginya di Timur Tengah di dalam kerajaan khilafat ‘Uthmaniyyah yang terakhir dengan peperangan ganas hingga mereka berjaya mencaing-caingkan kerajaan itu dan membahagi-bahagikan Empayar ‘Uthmaniyyah yang mereka namakan sebagai harta pusaka “Orang Sakit”.

Setelah itu mereke mewujudkan pahlawan-pahlawan palsu di negeri-negeri Islam yang bekerja untuk kepentingan-kepentingan mereka, iaitu bekerja untuk melaksanakan dendam kesumat dan tindakan-tindakan jahat mereka terhadap Islam. Apabila mereka mahu menghancurkan Khilafah ‘Uthmaniyyah dan menghapuskan saki-baki fenomena pemerintahan Islam yang terakhir di sana, mereka ciptakan seorang pahlawan di Turki (Kamal Ataturk), lalu mereka membesar-besarkan imejnya dan membuat angkatan-angkatan tentera pihak bersekutu yang menduduki Istana di waktu itu berundur di hadapan angkatan tenteranya, supaya beliau benar-benar dipandang sebagai pahlawan di mata rakyat Turki, iaitu seorang pahlawan yang telah berjaya menghapuskan sistem pemerintahn khalifah, menghapuskan penggunaan bahasa Arab, memencilkan Turki dari umat Muslimin, dan mengisytiharkan negara Turki sebagai negara sekuler yang tidak ada hubungan dengan agama. Tindakan yang sama juga dilakukan di mana-mana negeri Islam.

“Mereka mahu menadamkan nur (agama) Allah dengan mulut mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibencikan orang-orang kafir.”

Ayat ini mengungkapkan satu hakikat dan senafas itu juga melukiskan satu gambaran yang sinis. Sebenarnya mulut mereka berkata: Ini adalah suatu sihir yang nyata, dan di samping itu mereka melakukan berbagai-bagai tindakan jahat untuk menghapuskan agama yang baru ini. Mereka berhempas pulas berusaha untuk memadamkan cahaya agama dengan tiupan angin dari mulut mereka, sedangkan mereka adalah makhluk-makhluk yang kerdil belaka.

“Tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibencikan orang-orang kafir.”

Allah telah pun menepati janji-Nya dan Dia telah pun menyempurnakan agama-Nya dalam masa hidup Rasulullah saw. Allah telah menegakkan kelompok Muslimin itu sebagai satu imej yang hidup di alam kenyataan yang menggambarkan sistem agama Allah yang terpilih, iaitu satu gambaran lengkap dengan ciri-cirinya yang jelas dan batas-batasnya yang terang, yang dapat difahami oleh seluruh generasi manusia, bukan selaku satu teori di dalam buku-buku tetapi selaku hakikat di alam kenyataan.

Allah telah menyempurnakan nur-Nya dengan menyempurnakan agama umat Muslimin dan menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka. Allah telah merelakan Islam menjadi agama yang dicintai mereka, agama yang mereka sanggup berjuang untuk mempertahankannya. Setiap orang dari mereka rela dicampakkan ke dalam api dari kembali menjadi kafir.

Dengan itu sempurnalah pertumbuhan hakikat agama di dalam hati dan di muka bumi. Dan hakikat ini terus kekal dan hidup serta bangkit berdiri walaupun Islam dan kaum Muslimin diperangi, ditipudaya, ditindas, diburu dan ditindak ganas dengan berbagai-bagai cara, kerana nur Allah tidak mungkin dipadamkan dengan mulut, dan tidak mungkin dihapuskan dengan kekuatan api dan besi di tangan manusia-manusia abdi, walaupun pemerintah-pemerintah yang ganas dan kejam dan pahlawan-pahlawan yang diwujudkan oleh pejuang-pejuang Salib dan kaum Yahudi itu merasa mereka telah berjaya mencapai matlamat mereka yang jauh itu.

Takdir Allah telah menentukan bahawa agama ini pasti muncul mengatasi agama-agama yang lain, kerana itu ia pasti berkaku begitu.

“Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya membawa hidayat dan agama yang benar supaya Dia menonjolkannya ke atas seluruh agama yang lain walupun dibencikan para Musyrikin.”

Dalam ayat ini Allah memberi pengakuan bahawa agama ini adalah suatu hidayat dan agama yang benar. Pengakuan ini merupakan pengakuan muktamat, merupakan kata pemutus yang tidak perlu kepada apa-apa tokok-tambah lagi. Iradat Allah telah sempurna, dan agama ini telah tegak dan muncul mengatasi seluruh agama lain. Ia tegak dan muncul sebagai satu agama yang tidak dapat digugat oleh mana-mana agama yang lain baik dari segi hakikatnya mahu pun dari segi tabiatnya. Agama paganisme yang lain tidak mempunyai sesuatu nilai dalam bidang ini. Bagi agama-agama Kitabi yang lain pula, maka agama Islam inilah yang menjadi penamatnya dan merupakan bentuk terakhir yang lengkap bagi agama-agama itu. Ia merupakan bentuk tertinggi yang sesuai hingga ke penghabisan zaman.

Inilah pelaksanaan janji Allah dari segi tabiat agama dan hakikatnya. Adapun pelaksanaan janji Allah di alam kenyataan, maka Allah telah pun menepati janji-Nya sekali. Agama ini telah pun muncul sebagai kekuatan, sebagai satu hakikat dan sebagai satu sistem pemerintahan yang mengatasi seluruh agama lain. Sebahagian besar dari negeri-negeri di dunia ini telah tunduk kepada pemerintahannya dalam masa satu abad sahaja kemudian secara damai ia mara ke tengah benua-benua Asia dan Afrika hingga begitu ramao telah memeluk agama ini dengan semata-mata dakwah, iaitu lima kali ganda lebih ramai dari jumlah manusia yang memeluk agama ini dalam masa gerakan jihadnya yang pertama.

Sehingga kini ia masih terus mengembang dengan sendiri tanpa dibantu oleh sebuat kerajaan pun sejak Pergerakan Zionisme Antarabangsa dan Pergerakan Salib Antarabangsa berjaya menghapuskan sistem khilafah yang terakhir di tangan pahlawan yang diwujudkan mereka. Agama ini terus berkembang walaupun ditentang dan ditindas berbagai-bagai negeri di dunia dan walaupun harakat-harakat Islamiyah yang bangkit dalam setiap negeri Islam itu dihancurkan oleh pahlawan-pahlawan boneka yang diwujudkan mereka.

Agama ini masih terus mempunyai peranan di dalam sejarah manusia dan dengan izin Allah ia akan muncul mengatasi agama lain tepat seperti yang dijanjikan. Ia adalah janji yang tidak mungkin dihalangi oleh tenaga usaha manusia abdi yang kerdil biarpun sehebat mana kekuatan, tipu daya dan pengeliruan mereka.

Semua ayat-ayat ini memberi perangsang kepada para Mukminin supaya memikul amanah agama Allah dan meyakinkan hati mereka dalam usaha perjuangan menegakkan agama-Nya sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya serta terus-menerus mencetuskan perasaan seperti ini di kalangan generasi yang akan datang sehingga janji Allah terlaksana sekali lagi dengan izin-Nya di alam kenyataan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s