Hati, Mukmin dan Tarbiyyah

Hati dan Mukmin
oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
dari I’lamul Muwaqqi’in

“Dan, Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami bangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kalian mengambil pelajaran.

Dan, tanah yang baik, tanman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.” [Al-A’raf: 57-58]

Allah mengabarkan bahawa angin dan hujan merupakan kehidupan sementara waktu, yang satu menjadi ungkapan dan qiyas bagi yang lain. Kemudian Allah menyebutkan qiyas yang lain, bahawa di antara tanah itu ada tanah yang subur, yang akan menumbuhkan tanaman dengan seizin Rabb-nya jika ia ditimpa hujan, dan yang lain ada tanah yang tandus, yang tidak bisa menumbuhkan tanaman kecuali dalam keadaan merana, atau yang sedikit manfaatnya. Jika hujan menimpanya, maka ia tidak bisa menumbuhkan tanaman seperti yang ditumbuh tanah yang subur.

Allah menyerupakan wahyu yang diturunkan-Nya dari langit ke dalam hati, seperti air yang diturunkan-Nya ke atas tanah, kerana masing-masing dapat memberi kehidupan.

Hati diserupakan dengan tanah, kerana hati merupakan lahan amal, sebagaimana tanah menjadi lahan tanaman. Hati yang tidak bisa mengambil manfaat dengan adanya wahyu, tidak menjadi suci kerananya dan tidak beriman kepadanya, seperti tanah yang tidak mendatangkan manfaat kerana hujan yang menimpanya, yang tidak menumbuhkan tanaman kecuali hanya sedikit, dan itu pun tidak bermanfaat.

Hati yang beriman kepada wahyu dan menjadi suci kerananya serta mengamalkan kandungannya, seperti tanah yang mengeluarkan tanaman kerana hujan yang menimpanya.

Jika orang mukmin mendengarkan Al-Quran dan memikirkannya serta memahaminya, maka pengaruhnya akan tampak pada dirinya. Orang mukmin semacam ini diserupakan dengan tanah yang subur dan baik, yang baik pengaruhnya kerana hujan yang turun mengenainya, lalu menumbuhkan berbagai tanaman yang berpasang-pasangan. Sementara orang yang berpaling dari wahyu kebalikan dari keadaan ini. Allahlah yang mampu memberi taufiq.

Tarbiyyah Tanah dan Tarbiyyah Insan

Hujan yang turun membasahi tanah akan dimanfaatkan jika ianya tanah yang ‘subur’ dan akan disia-siakan oleh tanah yang ‘tandus’. Namun, apakah yang membezakan tanah yang ‘subur’ dan tanah yang ‘tandus’?

Pernah aku berkongsi tafsiran ayat di atas kepada teman-teman, namun di akhir pertemuan aku ditanya, “Bagaimana mahu menjadi tanah yang subur?”

Dua ladang mempunyai jenis tanah yang ‘berbeza’, namun apakah yang boleh dilakukan oleh tuan kedua-dua ladang ini untuk memastikan tanahnya menjadi ‘subur’ dan memberi hasil yang lumayan?

Dua individu memiliki hati yang tidak sama rupa sisinya, namun apa yang seharus dilakukan oleh kedua-duanya untuk menjadikan hatinya ‘subur’ dan dapat mengambil manfaat dari wahyu?

Untuk memastikan tanahnya memberikan hasil tanaman, tuan tanah mesti mengkaji dan mengenali dahulu komposisi tanah ladangnya. Bertitik tolak dari situ, tuan tanah dapat membentuk pelan tindakan yang sesuai dengan tanahnya. Membersihkan ladangnya dari semak samun dan tambuhan liar, menggembur tanah, menyemai benih, memilih tunas-tunas yang berkualiti, memelihara tunas agar tumbuh dengan baik, memberi baja dan memastikan tanahnya tidak didiami binatang perosak, adalah usaha berterusan yang mesti diberi perhatian oleh tuan tanah agar tanahnya ‘subur’ dan memberi hasil lumayan.

Begitu jugalah yang mesti dilakukan oleh tuan punya hati. Untuk memastikan hatinya menjadi ‘subur’ dan wahyu dapat memberi manfaat kepadanya, hatinya mestilah diteroka dan dikenali sisi-sisinya sama ada yang baik dan yang rosak. Kemudian membersih hatinya dari semak samun ideologi yang bermacam-macam, menyemai benih Islam yang satu, memelihara tunas keimanan dan ketundukan hanya kepada Allah swt, sentiasa memberi baja peringatan di samping menjaga hati dari dihinggapi kotoran nafsu dan syaitan.

Ia suatu proses yang berterusan dan mesti diberi perhatian. Ini adalah proses tarbiyyah.

Dengan izin Allah swt, melalui proses ini individu yang telah bersedia dan hati tersebut telah ‘subur’ dapat mengambil manfaat dari hujan wahyu yang turun dari Allah swt. Benarlah kata Ibnu Qayyim bahawa Allah jualah yang mampu memberi taufiq.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s