Valentine Day: Salah Satu Jerat Syaitan

Allah swt berfirman yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Isra’: 32]

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [An-Nur: 2]

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Tidaklah beriman seorang pezina itu ketika berzina” [Shahih, riwayat Abu Hurairah]

“Apabila seorang hamba berzina akan keluarlah iman darinya. Keimanan itu seperti payung yang ada di atasnya. Kemudian jika ia berhenti dari perbuatan itu maka imannya akan kembali kepadanya.” [Shahih, riwayat Abu Hurairah]

Imam Bukhari meriwayatkan hadis tidur Nabi saw yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub. Dalam hadis itu disebutkan bahawa beliau didatangi oleh malaikat Jibril dan Mikail. Beliau berkisah, “Kami berangkat pergi sehingga sampai di sauatu tempat semisal ‘tannur’ bagian atasnya sempit sedangkan bagian bawahnya luas. Dari situ terdengar suara gaduh dan ribut-ribut. Kami menengoknya, ternyata di situ banyak laki-laki dan perempuan telanjang. Jika mereka dijilat api yang ada di bawahnya mereka melolong oleh panasnya yang dahsyat. Aku bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab, ‘Mereka adalah para pezina perempuan dan laki-laki. Itulah azab bagi mereka sampai tibanya hari kiamat.'” [Shahih]

Dalam ayat 44 surah Al-Hijr, diterangkan bahawa Jahannam itu ‘ia memiliki tujuh pintu’. Atha’ berkata, “Pintu yang paling hebat panas dan sengatannya dan yang paling busuk baunya adalah pintu yang diperuntukkan bagi para pezina yang berzina setelah mereka tahu keharamannya.”

———-

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.

Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! (setiap 17 minit ada anak luar nikah).

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa. Mana lagi punca kelahiran anak luar nikah jika tidak zina (sudah membarah dan jadi budaya).

Antara penyumbang ialah sambutan Valentime Day atau Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari, (tahun ini bertepatan cuti Tahun baru Cina) maka berpestalah anak-anak muda kita nanti.

Hari VDay juga dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita.

Sebagai langkah pencegahan dan kesedaran umum, usaha ini mestilah menjadi perhatian kita:
i) Awasilah anak-anak, cucu-cucu, adik-adik anda dari gejala ini. Didiklah mereka dengan tarbiyyah keimanan yang disertai dengan amal, melalui penjelasan di sekitar ayat-ayat zina dan hadis-hadis ancaman balasan perbuatan zina,
ii) Tingkatkan dan perkasakan pengetahuan serta ilmu mengenai kedudukan zina dalam hukum Islam, balasan kepada pelaku zina, di dunia dan di akhirat. Termasuk juga kesan-kesan sosial akibat zina dalam keluarga, masyarakat dan negara,
iii) Sebarkan ilmu ini kepada ahli keluarga, teman dan kejiranan. Berkerjasamalah untuk menggembeleng tenaga mendidik generasi muda dan membanteras gejala dosa ini,
iv) Contoh praktikal adalah dengan membuat salinan poster di atas sebanyak mungkin untuk disebarkan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat orang,
v) Mohonlah pertolongan dari Allah dan cegahlah dengan kemampuan masing-masing. Sesungguhnya Allah melihat usaha kamu.

Anda semua mesti melakukannya!

Olahan dari kata Dr. Hatta Tarmizi, PhD di Royal Children Hospital, Melbourne, VIC.

Untuk lebih lanjut, bolehlah merujuk kepada kenyataan dan fatwa seputar menyambut Hari Valentine.

One thought on “Valentine Day: Salah Satu Jerat Syaitan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s