Ringkasan Haza ad-deen (bhg. 3)

Manhaj Yang Mudah

Dijelaskan dalam erti untuk menolak dan menyangkal fahaman yang salah tentang tabiat manhaj ini. Mereka berkata: Manusia tidak akan bertahan lama dengan manhaj ini kerana ianya terlalu unggul. Manhaj ini tidak akan bertahan lama malah ianya tidak lagi relevan dan praktikal. Ianya terlalu ideal untuk dicapai sedangkan manusia itu penuh dengan kekurangan. Ketahuilah wahai pembaca semua dan jangan terperdaya! Sesungguhnya ini hanyalah propaganda palsu oleh para konspirator jahat untuk memperlekeh dan membantukan usaha mengembalikan manhaj ini di persada dunia.

Yang benar adalah, bukan sahaja manhaj ini unggul tetapi ia juga adalah mudah. Ini kerana manhaj ini serasi dengan fitrah. Malah berjayanya perlaksanaan manhaj ini bergantung kepada aset fitrah dan bagaimana aset yang tersimpan itu dipergunakan. Unggul dan mudahnya manhaj ini untuk dilaksanakan kerana ia serasi dengan fitrah manusia semenjak dari awal penurunannya lagi, bukan dipertengahan, akhir atau kadang-kadang.

Manhaj ini mengetahui cara mendekati jiwa manusia semenjak dari awal lagi, kerana:
• Manhaj ini mengetahui tabiat jiwa ini. Oleh itu mudah untuknya menyelami jiwa ini.
• Manhaj ini mengetahui selok belok jiwa manusia. Oleh itu ia mampu menyelami jiwa ini dengan yakin.
• Manhaj ini mengetahui had kekuatan dan kemampuan jiwa. Dengan ini ia tidak akan membebankannya melampaui batas ini.
• Manhaj ini memenuhi keperluan dan keinginan jiwa ini. Dengan ini ia akan memenuhi keseluruha keinginan ini.
• Manhaj ini mengetahui potensi sebenar jiwa ini. Dengan ini potensi ini akan digembeleng untuk bekerja dan membangunkan manhaj ini.

Lihatlah bertapa serasinya manhaj ini dengan manusia, suatu sistem yang cocok dengan manusia yang hidup di atas muka bumi ini

Apabila jiwa manusia serasi dengan manhaj ini, apabila segala keperluan dan keinginannya dipenuhi, apabila segala potensinya digembeleng, nescaya manusia akan mengharungi kehidupannya dengan selesa dan mudah.

Bagi mereka yang wasangka dan meragui keupayaan untuk melaksanakan manhaj ini, sebenarnya mereka bimbang dengan beban yang bakal ditanggung apabila manhaj ini diterapkan. Mereka beranggapan manhaj ini bakal menjadi penghalang kepada manusia untuk melunaskan keinginan dan segala kehendak naluri mereka. Sungguh ini adalah suatu kekeliruan akibat tidak memahami tabiat manhaj ini. Sungguh manhaj ini bukanlah suatu belenggu atau kongkongan.

Sebaliknya manhaj ini, yang selari dengan fitrah dan mudah untuk dilaksana, sangat menitikberatkan kebaikan, sesuai dengan kecenderungan manusia yang sukakan kebaikan. Sikap suka berusaha dan proaktif, melakukan kebaikan di samping menghapus kejahatan, tidak kedekut dan mementingkan diri sendiri sehinggalah kepada pengarahan nafsu dan keinginan seks ke tempat yang benar sekalipun, semuanya meletakkan jiwa dan diri manusia tersebut dalam kebebasan yang sebenar, selepas membebaskannya dari konkongan yang sebenar.

Tahukah kita apa itu kongkongan yang sebenar? Dari perspektif manhaj ini, dosa dan amalan kejilah kongkongan dan belenggu yang sebenar. Unsur ini mengongkong dan mencengkan jiwa sehingga manusia gugur ke lembah yang hina. Sedangkan kebebasan yang sebenar adalah jiwa yang bebas daripada cengkaman nafsu kebinatangan.

Tadabburilah (maksud) ayat al-Quran ini:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh…” [At-tin: 3-4]

Inilah kebebasan yang sebenar. Keserasian manhaj ini dengan fitrah memudahkan perlaksanaannya.

Sebaliknya, apabila dilaksanakan manhaj buatan manusia, dikeranakan ceteknya kemampuan akal dan pengalaman mereka, manhaj yang tempang ini pasti akan bertembung dengan fitrah mereka sendiri. Bahkan manhaj manusia ini sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan semua masalah manusia. Ini kerana ia tidak memahami selok belok jiwa dan fitrah manusi itu sendiri. Tiap kali cuba menyelesaikan masalah, malah menimbulkan masalah lain. Begitulah seterusnya.

Jadi, manhaj inilah yang menjadi kewajipan untuk dilaksana. Keunggulannya dalam memahami selok belok dan aspek kemanusiaan dan fitrah, menjadikan manhaj ini mudah, bukan membebankan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s