Tegaslah! dan Kuatkanlah Kemahuanmu!

Pengalaman ini Azzam lalui semasa sesi ta’aruf.

Seorang akh berkata, “Ahkuhom fillah, ana fulan bin fulan, lahir xx.xx.xxxx, dan sudah bernikah dengan dua zaujah (pasangan). Zaujah pertama ana adalah dakwah. Zaujah kedua ana ada di rumah.

Azzam terpegun. Kagum. “Orang lain juga pasti serasa ku“. Sekurang-kurangnya itu yang dapat Azzam tangkap dari raut wajah mereka.

Kemudian akh tersebut menceritakan sebahagian pengalamannya dalam tarbiyyah dan dakwah dari waktu belajar hinggalah sekarang.

Ana belajar selama 8 tahun. Sepatutnya 7 tahun tapi ana gagalkan setahun kerana tarbiyyah dan dakwah meminta ana untuk kekal lama di sana. Agar adik-adik pelapis dakwah dapat pengalaman yang secukupnya.

Sekali lagi, kami semua terpegun. Kagum.

Setelah beberapa ketika, tiba pula giliran Azzam. “Ana Muhammad Abdullah Azzam, berumur 24 tahun dan dalam proses bernikah dengan dakwah“. Belum ada kekuatan dalam diri Azzam untuk mengatakan yang lebih tegas dari itu.

Akh tadi mencelah. Seolah dapat mengesan akan kurangnya ketegasan dan kemahuan yang kuat dalam diri Azzam.

Semoga enta mendapat kebaikan dari kata-kata enta tadi“. Mengerti bahawa lafaz kata juga boleh menjadi doa. “Cuma sekadar nasihat dari ana, apabila enta ingin mengatakan sesuatu, terlebih lagi yang berkaitan dengan pendirian diri dan dakwah, enta harus tegas dan kuat kemahuan.

Azzam terkedu kerana tepat sekali lontaran kata dari akh tersebut. Dikuatkan perhatiannya terhadap apa yang akan diucap oleh akh tersebut seterusnya.

Enta perlu tegas dan kuat kemahuan dalam menyatakan pendirian dalam dakwah. Jika enta berkata yang sebaliknya, lemah, masih segan-segan dan tidak berani, seolah enta masih lagi bermain-main dengan dakwah. Dakwah belum lagi prioriti utama enta.

Azzam menggenggam erat apa yang telah diucapkan oleh akh seperjuangannya.

Ana doakan agar enta dikurniakan ketegasan dan kemahuan yang kuat oleh Allah Ta’ala. Semoga enta mendapat kebaikan dari apa yang enta telah ucapkan tadi.

Kemudian, sesi ta’aruf diteruskan. Namun yang bermain-main diminda Azzam adalah apa yang telah diamanahkan kepadanya tadi. “Aku harus tegas dan kuat kemahuan,” monolognya sendirian.

———-

Azzam membaringkan tubuhnya di atas katil. Di kepalanya, tergiang-ngiang beberapa bait ayat al-Qur’an dan kata tokoh dakwah yang baru dibacanya.

“Dan sungguh telah Kami pesankan kepada Adam dahulu (rujuk ayat 35 dari surah 2), tetapi dia lupa, dan Kami tidak dapati kemahuan yang kuat pada dirinya.” [20:115]

“Pembentukan ummah, mendidik bangsa, merealisasikan cita-cita serta impian dan menjunjung prinsip, memerlukan kepada sebuah ummah atau sekurang-kurangnya sebuah kelompok (komuniti) yang mendokonginya memiliki ciri-ciri berikut:
(i) keampuhan jiwa yang hebat, yang dapat diserlahkan dengan kemahuan yang kukuh tanpa berbaur rasa lemah,
(ii) kesetiaan yang tetap tanpa berpura-pura dan tiada tipu daya,
(iii) pengorbanan yang tinggi, tidak terhalang oleh rasa tamak dan bakhil, dan
(iv) mengenali prinsip, menyakininya dan tahu menilainya, memeliharanya dari melakukan kesilapan dan menyeleweng daripada prinsip tersebut, serta terpedaya dengan sebarang unsur lain.”

Kalimat-kalimat itu berputar-putar di sanubari Azzam, dicerna akal, diserap hati, menjalar ke setiap penjuru anggota batin dan zahirnya.

Azzam akhirnya lelap dengan doa, mengakui akan kelemahan diri manusia dan penuh pengharapan pada Allah agar ditetapkan hati dan dikuatkan kemahuan dalam tarbiyyah dan dakwah.

Kerana segala-galanya dari Allah.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s