Apabila Kita Berpakaian

Berpakaian atau maksudnya menutupi sebahagian dari tubuh badan yang sulit, yang manusia secara fitrahnya malu untuk tidak menutupinya dan dedahkan kepada orang lain, merupakan perkara yang disukai manusia. Malah Islam sendiri menuntut orang-orang yang beriman (dan sekelian manusi) agar menutup aurat, berpakaian yang elok-elok dan tidak melampau dalam perkara ini.

Berpakaian atas dasar menutup aurat malah adalah perintah agama. Dalam melaksanakan perintah, ketaatan adalah asasnya. Jika terdapat hikmah yang dapat dicapai akal, maka itu adalah penguat untuk amal. Sebagaimana perintah adalah ibadah, ia juga adalah untuk kemaslahatan manusia itu sendiri, sama ada dari segi fitrah ataupun ketenteraman hidup di dunia.

Secara fitrahnya, manusia malu jika tidak menutupi sebahagian tubuh yang dia malu untuk dipertontonkan. Fitrah juga yang membuatkan mereka marah jika secara paksa ditelanjangi. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, maka rosaklah fitrah manusia itu, yang akan membawa kerosakan yang lebih dahsyat lagi.

Dari segi kesejahteraan hidup pula, jika perkara ini diabaikan, maka akan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat. Buktinya dapat dilihat dalam masyarakat dunia hari ini yang dipenuhi huru-hara kemaksiatan akibat golongan yang tidak menutup aurat. Lihatlah di sekeliling kita contohnya.

Dengan berpakaian, akan terjagalah sebahagian dari kehormatan. Kehormatan diri manusia secara fitrah, dan juga kehormatan diri di kalangan manusia lainnya. Kehormatan ini jugalah yang membezakan antara manusia dan makhluk lainnya.

Namun hari ini, kehormatan ini sudah tidak diendah lagi. Ramai yang sudah lupa atau tidak tahu kenapa mereka berpakaian. Malah menjadi arus perdana, apabila berpakaian semata untuk menampakkan bentuk tubuh. Terlebih lagi dengan pakaian yang menggambarkan pelbagai gambar dan kata yang tidak menyenangkan. Sedar atau tidak ini menjatuhkan kehormatan mereka, walaupun mereka menganggap sebaliknya.

Sekadar peringatan ringkas, dalam memilih pakaian, pilihlah yang menjaga kehormatan diri sebagai manusia. Dalam perkara ini, kita tidak perlu susah payah memerah fikiran kerana asasnya sudahpun digariskan oleh Allah dan Rasulullah.

Moga bermanfaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s