Sayembara Luahan Hati: Woashh! Woashh! (Ukhuwwah Ini)

Assalamualykum wa rahmatullah,

Baru-baru ini kami berenam berkumpul untuk sesi luahan hati di Elwood Beach. Apa yang menarik adalah luahan perlu dilakukan dengan mendeklamasi sajak, nukilan minda dan tangan masing-masing.

Ukhuwwah Ini, begitu tajuk diberi. Berbekalkan segala yang ada dan ditambah dengan suasana yang menjana, setiap orang berjaya menghasilkan sajak tersendiri. Di sini aku berkongsikan hasil tangan sendiri. Woashh! Woashh! Bunyinya agak pelik tapi searif aku beginilah bunyinya deraian ombak (mungkin perlu ada suara latar ombak).

Apa-apa pun, semoga maksud yang hendak disampaikan dapat diserap oleh hati-hati. Moga bermanfaat.

Nota: Koleksi sajak yang lain boleh didapati pada laman Luahan Hati.

melb_sunset-_april_2005
Elwood Beach, VIC

Woashh! Woashh! (Ukhuwwah Ini)

Woashh! Woashh!
Ombak kecik memukul pantai
setiap satu mengikuti yang lainnya
tetap terus memukul pantai
akankah pantai kelihatan, jika ombak berseorangan?

Woashh! Woashh!
mereka datang dari lautan
sejarah mereka begitu panjang
tetap terus memukul pantai
akan adakah pantai, jika ombak melupakan langkah permulaan?

Woashh! Woashh!
mereka tiada berubah haluan
tiada membelok atau berpeluk tubuh sendirian
tetap teguh menghempas pantai
masih adakah pantai, jika ombak tidak saling berteguran?

Woashh! Woashh!
mereka membawa seruan kebaikan
tanpa henti menghempas pantai
menguat ikatan butiran pasir di persisiran
namun akankah ada pantai, jika ombak saling berantakan?

Woashh! Woashh!
akan aku terus belajar dari pantai
selagi mana nyawa dikandung badan
kerana…
ukhuwwah ini
kita tanggung bersama

nukilan: karyaorbitaku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s