Swine Flu (Influenza H1N1 09) dan Anda

H1N1_influenza_virus

Apa itu swine flu?

Swine flu adalah sejenis dari beratus jenis influenza. Swine Flu ini adalah penyakit respiratori ( paru-paru) yang berjangkit daripada khinzir disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air ( hingusan etc) dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi.

Berapakah Jenis Selesema Babi yang wujud?

Virus Swine flu ini sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada khinzir), H1N2, H3N1 dan H3N2.

Khinzir boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa.

Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

AntigenicShift_HiRes

Apakah Symtoms Swine Flu?

Symptoms Swine flu pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam panas ( >38 degree), batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah DAN TERDEDAH DENGAN KAWASAN YANG DI KETAHUI TERDAPAT KES H1N1 09 ( swine flu)

Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan ini?

Tiada vaccine untuk swine flu ini TETAPI di syorkan untuk pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit chronic (termasuk Asthma) mendapat suntikkan Influenza Vaccination.

Apakah rawatan bagi swine flu?

Kebanyakkan kes Selesema (termasuk swine flu) yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Di Australia, anti viral diberi kepada pesakit dan juga orang yang terdedah dengan pesakit.

Kenapa ada kes-kes yang menyebabkan kematian?

Kes kematian di sebabkan Influenza virus (common influenza) memang sangat tinggi setiap tahun. Kematian di sebabkan oleh virus influenza (termasuk swine flu) adalah disebabkan pesakit yang mempunyai tahap ketahanan penyakit (immune system) yang rendah . Golongan yang mempunyai risoko adalah :

1. Pesakit-pesakit kronik seperti Diabetes, penyakit respiratory, jantung,dan buah pinggang atau immune system yg rendah kerana mengambil ubat tertentu
2. Asthma
3. Ibu Mengandung
4. Obesity
5. bayi berusia 1 tahun dan kebawah

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
Ambil langkah-langkah berikut:

Jika anda batuk atau bersin:

a)Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
b)Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
c)Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
d)Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, e)Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
f)Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang.
g)Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
h)Segera dapatkan rawatan di klinik berhampiran

Adakah saya boleh berkunjung ke kawasan yang diisytiharkan pandemic kepada swine flu?

Masyarakat hari ini terlalu ”over–react” dengan swine flu. Swine flu hanya akan tersebar dengan rembesen dari respiratory (respiratoty droplets). Kebanyakkan pesakit swine flu telah di kuarantin di rumah. JIKA anda mempunyai masalah penyakit kronik, anda di nasihatkan untuk mengelakkan diri dari berkunjung ke kawasan tersebut. JIKA anda sihat, Anda boleh bergerak bebas dan pastinya di nasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah-langkah berjaga seperti soalan di atas.

Sumber: Dr Zaki Ibrahim, Pengerusi ISMA Australia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s