Anugerah Cinta, Mimbar Bercahaya

Bismillah ar-rahman ar-rahim,

Sedemikian banyak orang membina ikatan persaudaraan sesama manusia memiliki matlamat yang tersendiri. Tidak perlu diungkapkan satu persatu kerana anda sendiri mampu memerhati, menilai dan mengekstrak isi tersebut. Cukuplah sekadar ikatan yang anda sendiri jalinkan menjadi bukti buat anda. Bermacam-macam ragam yang ada, yang bercirikan sementara dan fana.

Namun, tahukah anda? Di sana ada satu matlamat yang menjadi tujuan, yang bercirikan keabadian. Keabadiannya dicemburui oleh bukan sebarangan orang. Ia dicemburui oleh golongan yang dimuliakan di sisi Tuhan.

Diriwayatkan dalam Shahih Sunan Tirmidzi, dari Atha bin Abu Rabah, dari Abu Muslim al-Khaulani, Mu’adz bin Jabal berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,

mimbar-cahaya1

“Allah swt berfirman, ‘Orang-orang yang saling mencintai dalam keagungan-Ku bagi mereka mimbar dari cahaya. Kedudukan mereka seperti yang dicemburui (ghitbah) oleh para nabi dan syuhada’.” (Abu Isa berkata, “Hadis ini adalah hasan shahih”)

Sungguh hebat dan dimuliakan mereka ini. Tidakkah kita mahu menggolongkan diri kita dalam kumpulan ini. Tidak mahukan kita dicemburui oleh para nabi? Dicemburui oleh syuhada yang kekal hidup di sisi Illahi?

Yang pasti, pilihan di tangan kita sendiri.

Moga bermanfaat.

Perincian:
Orang-orang yang saling mencintai – yakni orang-orang Mukmin yang mengikat tali persaudaraan berasaskan aqidah ‘Tiada ilah melainkan Allah’ dan mencintai (berinteraksi dengan) saudaranya semata-mata kerana Allah swt, bukan untuk kepentingan duniawi. Seperti yang terdapat dalam hadis Qudsi, Allah swt berfirman,

cinta-allah

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.” (Hadith ini dinyatakan shahih oleh Ibnu ‘Abdil-Barr dan al-Mundziri dalam kitab at-Targhib wat-Tarhib)

Jangan dikelirukan dan dicampuradukkan dengan propaganda mereka-mereka yang jahil yang memperjuangkan kebatilan seperti pergaulan bebas berlainan jantina dan sesama jantina. Kerana mereka-mereka yang tenggelam dalam kemaksiatan ini jelas sekali melakukannya bukan kerana Allah swt semata, malah jauh sekali dari tujuan yang mulia ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s