Jejak Sang Pahlawan: Penakluk Constantinople

Assalamualykum wa rahmatullah.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah semata.

Hari ini adalah hari kelahiran saya. Memasuki 3 Mei 2009 menjadinya usia saya kian bertambah. Namun hari ini saya ingin berkongsi riwayat ringkas hidup seorang tokoh Islam yang pada hari kelahiran saya ini, merupakan hari kematiannya, 528 tahun yang lalu. Moga bermanfaat.

portrait_of_mehmed_ii_by_gentile_bellini_croppedTahun ke-5 Hijrah, ketika sedang menggali Parit Khandaq, Rasulullah saw bersabda, “Pastilah kamu kelak akan menaklukkan kota Constantinople (kini Istanbul). Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Shahih, Musnad Imam Ahmad). Berinspirasikan hadis ini, umat Islam berlumba-lumba untuk membuka Constantinople, bermula sejak pemerintahan Bani Umayyah, namun semuanya gagal. Kerana takdir Allah swt, dibukanya Constantinople semasa pemerintahan Turki Utsmaniyyah, 800 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw, semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Kelahiran Sebaik-baik Raja

Nama sebenarnya adalah Muhammad II dan dilahirkan pada 30 Mac 1432M. Sejak kecil baginda dididik dengan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu mencakupi ilmu-ilmu keagamaan, peperangan dan akademik. Guru-gurunya terdiri daripada para ulama seperti Syeikh Shamsuddin dan juga para tentera. Hasil pendidikan ini menjadi daya penolak yang kuat buat baginda untuk mengkaji usaha-usaha menakluk Constantinople yang telah dilakukan sebelumnya sehinggalah kepada masa pemerintahan ayahnya, Sultan Murad II.

Persiapan Menuju Constantinople

Usaha baginda adalah usaha yang sungguh-sungguh. Baginda berhasil menyediakan tenteranya, seramai 250 000 orang, yang benar-benar memiliki keazaman yang tinggi dalam jihad dan dalam mencapai janji pembukaan Constantinople oleh Rasulullah saw. Kekuatan kelengkapannya malah lebih terkehadapan, yang dilengkapi senjata seperti beberapa meriam yang besar dan 400 kapal tentera laut. Untuk memastikan usahanya menakluk Constantinople tidak diganggu dan tertumpu sepenuhnya, baginda turut mengadakan perjanjian dengan kerajaan lain di sekitar serta membina Benteng Rumeli Hissari untuk mengawal laluan kapal di Selat Bosphorus.

Constantinople dalam Kepungan

Peperangan dan pengepungan pun bermula pada 19 April 1453M setelah Raja Bizantin menolak untuk menyerahkan Constantinople secara aman. Serangan yang dilakukan dengan menggunakan beberapa strategi yang mantap. Antaranya adalah bedilan meriam ke arah benteng kota Constantinople yang berlangsung selama 48 hari, penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi daripada benteng kota, dan serangan melalui laut. Namun strategi ketiga tidak mendatangkan hasil kerana laluan kapal dihalang oleh rantai besi yang sangat besar di pintu masuk perairan Constantinople. Berbekalkan kebijaksanaannya, baginda mengarahkan para tenteranya mengangkut kapal-kapal melalui gunung pada waktu malam untuk masuk ke perairan Constantinople dan strategi ini benar-benar memeranjatkan tentera musuh. Dengan peperangan berterusan akhirnya pada 29 Mei 1453M kota Constantinople berjaya ditawan. Baginda menukar namanya kepada Islambol dan mejadikan Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh. Inilah sifatnya sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.

Untuk lebih lanjut bolehlah merujuk di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s