Jejak Sang Kekasih: Permulaan

Beliau adalah Muhammad bin Abdullah, dilahirkan dalam kabilah dan keturunan paling baik dan terpelihara di Mekah. Nasab (keturunan)-nya jelas sehingga kepada Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Baginda diutuskan sebagai rasul untuk membawa rahmat ke seluruh alam hinggalah ketibaan hari kiamat. Mencintainya merupakan rukun keimanan setiap dari kita. Maka jalan cinta kepadanya tidak dapat tidak dengan mengenali diri dan meneliti keperibadian serta mencontohi gerak langkah hidupnya.

Awal kelahiran hidup Baginda bukan sahaja dihiasai dengan warna-warni kemukjizatan yang agung seperti runtuhkan simbol-simbol pensyirikan dan bersinarnya cahaya kenabian, malah turut disertai dengan ketetapan Allah yang mendidik. Ketika dalam kandungan, ayah baginda meninggal dunia. Dilahirkan tanpa sambutan tangan ayah, baginda tanpa henti diuji dengan kematian keluarga-keluarga yang rapat dengannya. Ibunya meninggal ketika usianya 4 tahun, suatu usia yang masih kebudak-budakan. Disusuli pula oleh datuknya dua tahun kemudian. Maka membesarlah Baginda tanpa tempat pergantungan yang kita semua miliki. Megapakah sedemikian? Ketetapan itu bukanlah untuk mensia-siakan Baginda malah merupakan pendidikan terus dari Allah agar Baginda meletakkan kebergantungan hanya kepada-Nya, tidak kepada manusia seperti kita.

Di kala kecil juga, yakni sebelum kematian ibunya, Baginda telah dihantar ke kawasan pedalaman Arab untuk menyusu dengan Halimah as-Sa’diah. Suasana perkampungan bani Sa’d sebelum kedatangan Baginda sedang mengalami kemarau kering yang teruk. Tanah pertanian kering kontang dan haiwan ternakan tidak memberikan hasil tenusu. Allahuakbar, maka dengan izin-Nya, dengan sebab kedatangan Baginda, menghijaulah ladang ternak dan pertanian sehinggakan ternakan pulang ke kandang kekenyangan dan penuh dengan susu. Bertapa tingginya pemuliaan Allah kepada Baginda.

Seterusnya, di bawah pemeliharaan Abu Tholib, bapa saudaranya, Baginda sudah mula bekerja sebagai pengembala kambing. Di sela itu Baginda sedang melalui zaman remajanya. Hasil yang diperolehi tidaklah seberapa dan juga tidak mampu untuk meringankan beban bapa saudaranya. Namun Baginda tetap teguh hati meneruskannya kerana faedah yang dicari Baginda melebihi jangkauan kemewahan semata. Tindakan Baginda ini mencerminkan ketinggian akhlak dan peribadinya dalam usaha yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri malah menyumbang kebaikan buat orang lain juga.

Di sela waktu ini juga, Baginda tiada bezanya dengan remaja lain sezamannya. Keinginan untuk berhibur dan bermain-main merupakan sebahagian daripada diri Baginda. Pernah dua kali berturut Baginda berpakat dengan teman gembalaannya agar membolehkannya menghadiri pesta di malam hari. Namun dalam suasana kebingitan suara pemesta, Baginda ditidurkan oleh Allah sehingga ke siang hari. Setelah beberapa kali mengalami perkara yang sama, maka Baginda mengambil keputusan untuk tidak lagi menginginkan yang sedemikian. Begitulah dengan tuntunan dari Allah, Baginda menilai dan mengambil pendirian agar tidak mendekati perkara yang merosakkan. Bagi kita, begitu jugalah seharusnya. Menjauhi yang merosak dan mendekati yang bermanfaat.

Pekerjaan Baginda tidaklah kekal ditakuk yang sama kerana meningkat usia dewasa Baginda diamanahkan untuk menguruskan aktiviti perdagangan dari pemilikan Siti Khadijah ke negeri Syam. Sudah tentu tugas ini lebih besar dari pengembalaan yang sebelumnya. Meskipun begitu, berbekalkan kemahiran dan bunga-bunga kejujuran, Baginda berhasil membawa keuntungan yang berlipat ganda buat syarikat SIti Khadijah. Dan sejak dari itu kepercayaan Khadijah terhadap Baginda kian meningkat sehinggalah lahir keinginan untuk bernikah dengan Baginda. Melalui proses yang terjaga Khadijah melamar Baginda dan Baginda menerima lamarannya. Maka hiduplah Baginda bersama Khadijah dan kurniaan cahaya mata sehingga tibalah waktu yang mengugahkan seluruh kejahilan di kala itu, yakni warkah kenabian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s