Kenyataan PEMBINA Berhubung Sambutan Hari Valentine

valentine1Telah menjadi sebahagian dari asam garam masyarakat, kita membuat sesuatu tanpa tujuan yang jelas. Bahkan sebahagian amalan yang dikira ibadah oleh mereka sebenarnya budaya yang tiada asas dalam agama. Kita duduk di kedai kopi, pergi memancing, duduk di kaki lima masjid untuk saja-saja, saja buang masa, suka-suka dan lain-lain ungkapan lagi yang menunjukkan aktiviti itu tak penting untuk dibincangkan yang sebenarnya boleh jadi ibadah dengan niat yang betul. Alangkah ruginya kita.

Penyakit suka-suka ini membuatkan belia Muslim Malaysia bermudah-mudah meniru aktiviti dan cara hidup orang lain. Jika sesetengah kita berpendapatan sambutan valentine pada setiap 14 Februari ini sekadar ‘suka-suka’ sahaja… Ayuh kita kaji sendiri di mana asal usul sambutan ini. Apa yang kita bimbang ia bukan sekadar membuang duit dan masa tapi yang lebih parah lagi merosakan kesucian pentauhidan kita kepada Allah S.W.T. Berikut adalah watak-watak yang diserlahkan bila kita melihat sejarah sambutan ini iaitu Lupercalia, Paderi St. Valentine, Claudius II, Dewa Zeus & Hera, Putera Nimrod “the hunter” dewa Matahari. Tentu nama-nama ini begitu asing dengan Islam agama yang kita anuti tapi ia begitu hampir dengan penganut Kristian dan Rom kuno. Satu perkara yang tidak mungkin kita putuskan secara suka-suka (tidak dibincangkan disini).

Agama islam adalah agama fitrah. Ia tidak sesekali menghalang penganutnya merayakan sesuatu perayaan atau menzahirkan perasaan asal sahaja yang bersumberkan syarak. Ini dapat kita lihat hikmah Allah s.w.t mensyariatkan sambutan dua hari raya sebagaimana hadith dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959). Semua perayaan dalam Islam ada falsafah yang tersendiri. Semua berteraskan kepada paksi mengesakan, mensyukuri nikmat dan membesarkan Allah s.w.t. Bukan untuk saja-saja dan suka-suka!! Islam sesekali tidak membenarkan kita meniru sesuka hati!

Begitu seriuskah persoalan ini!

Ya! Kerana ia mengancam tatasusila ketimuran kita, merosakan zuriat masyarakat kita dan mengikis kelangsungan kemurnian aqidah generasi pewaris yang bakal mendoakan kita.

Oleh itu PEMBINA menyeru masyarakat Muslim Malaysia khususnya golongan belia untuk sama-sama mengubah budaya ini atas dasar berikut:-

1-Bagi yang baru mencuba-cuba membiasakan diri dengan sambutan hari kekasih ini demi menghargai teman anda yang dirasakan teman sejati di dunia dan akhirat itu ingatlah peringatan Allah s.wt ketika membersihkan Aishah r.a.h. (isteri Rasullulah s.a.w) dari fitnah kononya menjalinkan hubungan dengan seorang sahabat iaitu jaminan Allah s.w.t, “Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (Surah Nur 24: 26).

2-Perasaan anda yang tulus ikhlas boleh saja diambil kesempatan oleh pasangan anda atau sekurang-kurangnya oleh syaitan yang memperdaya anda berdua. Awas!!. PEMBINA menyeru agar salurkanlah perasaan itu dalam ruang dan batas yang telah digariskan oleh syarak. “Dan adapun orang yang kikir dan merasakan dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah), serta mendustakan (pahala) yang terbaik. Maka akan kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (Kesengsaraan) (Surah Al-Lail 8-10). Akal kita sahaja tidak mampu menentukan baik dan buruk. Mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t ketika menguruskan perasaan kita, jika tidak bencana bakal menanti kita ini janji Allah s.w.t.

Belia adalah harapan agama, bangsa dan Negara. Wajah belia hari ini ialah wajah agama, bangsa dan Negara kita pada hari esok.

vd

Fatwa on Celebrating Valentine’s Day

Dr. Su`ad Ibrahim Salih, professor of Islamic Jurisprudence (Fiqh) at Al-Azhar University, states the following:

Indeed, Islam is the religion of altruism, true love, and cooperation on that which is good and righteous. We implore Allah Almighty to gather us together under the umbrella of His All-encompassing Mercy, and to unite us together as one man. Allah Almighty says:

(The believers arenot else than brothers. Therefore make peace between your brethren and observe your duty to Allah that haply you may obtain mercy.) (Al-Hujurat 49: 10)

Focusing more on the question in point, I can say that there are forms of expressing love that are religiously acceptable, while there are others that are not religiously acceptable. Among the forms of love that are religiously acceptable are those that include the love for Prophets and Messengers. It stands to reason that the love for Allah, and His Messenger Muhammad (peace and blessings be upon him) should have the top priority over all other forms of love.

Islam does recognize happy occasions that bring people closer to one another, and add spice to their lives. However, Islam goes against blindly imitating the West regarding a special occasion such as Valentine’s Day. Hence, commemorating that special day known as the Valentine’s Day is an innovation or bid`ah that has no religious backing. Every innovation of that kind is rejected, as far as Islam is concerned. Islam requires all Muslims to love one another all over the whole year, and reducing the whole year to a single day is totally rejected.

Hence, we Muslims ought not to follow in the footsteps of such innovations and superstitions that are common in what is known as the Valentine’s Day. No doubt that there are many irreligious practices that occur on that day, and those practices are capable of dissuading people from the true meanings of love and altruism to the extent that the celebration is reduced to a moral decline.

Sumber: Persatuan Belia Islam Nasional, PEMBINA

2 thoughts on “Kenyataan PEMBINA Berhubung Sambutan Hari Valentine

  1. Macam mana pula dengan sambutan hari Ibu atau hari Bapa? Salahkah kalau kita mengucapkan ‘selamat hari Ibu/bapa’ kepada ibu/bapa pada hari tersebut?

  2. kepada saudara/i AM,

    assalamualykum wa rahmatullah,

    terima kasih atas soalan saudara. di sini perlu dijelaskan bahawa mengucapkan selamat hari Ibu/Bapa kepada ibu/bapa pada hari tersebut tiada salahnya. cuma membudayakan mengucap selamat hari Ibu/Bapa sebagai tanda terima kasih kita (pada pendapat saya) hanya pada hari tersebut adalah tidak patut. ini kerana kita sebagai umat Islam diperintahkan oleh Allah swt untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa pada sepanajang waktu dan tempat.

    jika dilihat asal usul penyambutan hari Ibu/Bapa ini, ianya berasal dari negara Barat. Mereka (yakni orang-orang Kafir) memiliki sistem kekeluargaan tetapi tidak mampu membentuk keluarga yang cemerlang disebabkan gagalnya mereka melahirkan ibu bapa yang cemerlang. Dari situ mereka turut gagal mendidik anak-anak yang taat dan menghormati orang tua mereka. Jadi, mereka memilih satu hari untuk dijadikan Hari Bapa dan Hari Ibu agar mereka dapat mengekspresikan rasa penghargaan terhadap kedua ibu bapa mereka.

    Namun, kita sebagai orang Islam, setiap hari adalah hari Bapa dan setiap hari adalah hari Ibu. Maka inilah yang sebaiknya buat kita sebagai seorang mukmin.

    Moga jawapan ini membantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s