Karamah Ir. Ismail Abu Syanab (HAMAS) di Gaza

ismailPada 27/12/2008 lalu penduduk Gaza menyebut tentang karamah salah seorang pemimpin HAMAS, Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Shanab. Peristiwa tersebut berlaku dihari pengebumikan anaknya, Hasan yang syahid dihari pertama serangan Israel ke atas Gaza baru-baru ini. Beliau dan 2 pengawalnya dibunuh Yahudi yang menembak 5 buah peluru berpandu dari pesawat pada pukul 1.15pm hari Khamis 21/8/2003 di Jalan Muhafazah, Gaza. Kereta yang dinaiki jenis Volkwagen berwarna putih bertukar menjadi bola api dengan mengeluarkan serpihan-serpihan besi. Petugas ambulan kemudiannya berjaya mengeluarkan 3 mayat dari kereta tersebut.

Isteri beliau menceritakan kepada media Batalion Al-Qassam bahawa ketika mereka hendak mengebumikan anaknya di Tanah Perkuburan Asy-Syeikh Ridwan, mereka tidak mendapati tempat untuk jenazahnya, lalu merancang mengebumikannya di tanah perkuburan yang lain. Si ibu tidak bersetuju lalu meminta mereka mengebumikannya di liang lahad ayahnya sendiri, Ismail yang telah syahid 5 tahun lalu. Mereka tidak membuka kubur Ismail semuanya. Hanya sebahagian liang sahaja dibuka. Apabila salah seorang pemuda turun ke liang untuk mengebumikan anaknya Hasan, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia mendapati jasad Asy-Syahid adalah seperti baru, kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walau telah berlalu masa 5 tahun. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada saat itu juga.

Isteri beliau juga menambah bahawa bendera yang membaluti jasad Asy-Syahid Ir. Ismail dihari jenazahnya diarak orang ramai 5 tahun lalu sehingga ke hari ini masih berbau kasturi yang keluar dari tubuh Asy-Syahid ketika itu.

Ir. Ismail Hasan Abu Syanab adalah salah seorang pemimpin tertinggi HAMAS. Beliau dilahirkan di Gaza dalam tahun 1950. Keturunan beliau berasal dari kampung Jaurah Al-Majdal, dalam kawasan Palestin 1948 (yang sedang dijajah sepenuhnya sejak 1948). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Al-Mansurah, Mesir dan ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari universiti di Amerika Syarikat. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Gaza dan sebagai dekan Fakulti Sosial dan Pendidikan di universiti yang sama.

Beliau juga adalah salah seorang pengasas gerakan HAMAS bersama Asy-Syahid Ahmad Yaasin dan pernah dipenjara selama 10 tahun atas tuduhan memimpin HAMAS di sepanjang Intifadhah Pertama. Sesetengah orang menganggap beliau adalah orang nombor dua dalam susunan kepimpinan HAMAS ketika itu. Beliau juga adalah pengarah Institiut Kajian Masadepan di Gaza. Beliau menonjol dalam persatuan professional dan mewakili HAMAS dalam beberapa biro yang lain.

“Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang beri Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) ‘Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati”. (Ali Imran:168-169).

ir-ismail-abu-shanab1

TEMURAMAH BEBERAPA JAM SEBELUM SYAHID

Ini sebahagian dari isi temuramah Asy-Syahid sebelum beliau dibunuh syahid oleh pesawat Israel.

Soalan : Apakah pendirian HAMAS tentang permintaan Israel dan Barat agar HAMAS melucutkan senjata seperti yang digariskan oleh “Road Map” tajaan Amerika?

Ismail Abu Syanab : Tajuk melucutkan senjata adalah permintaan yang tidak berasas sama sekali kerana selagi mana umat Palestin berhadapan dengan pencerobohan, kereta-kereta kebal dan penjajahan Israel di bumi Palestin maka adalah menjadi hak umat kami untuk memiliki cara-cara mempertahankan diri. Mempertahankan diri ini adalah diperakui oleh semua undang-undang dan badan-badan antarabangsa. Di aspek dalaman, disana ada persefahaman agar dielakkan pertembungan sesama sendiri dalam usaha kami berjuang ke arah mencapai hak-hak Palestin dan bukan bermatlamat memberi jaminan keamanan kepada Israel.

Sumber: Ustaz Halim, INIJALANKU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s