Antara Dua Jalan

persimpangan-jalanTidak dapat tidak kita mesti membuat pilihan. Itulah ketetapan Allah yang meliputi setiap dari kita. Tiada siapa yang dapat menidakkan kemestian ini. Ia adalah suatu ketentuan yang terus berjalan tanpa kita sedari atau sebaliknya. Kerana itulah kita membuat pilihan dalam sedar atau tidak.

Dari perkara yang kecil dan bersahaja sehinggalah ke perkara yang besar dan memerlukan kita menilai dengan kehati-hatian, membuat pilihan tetap kita lakukan. Dalam memilih juadah makanan yang hendak disantap sewaktu makan malam contohnya, memerlukan kita membuat pilihan akan jaudah yang lazat serta berkhasiat untuk badan. Bahkan bila hendak makan pun kita perlu memilih waktu yang sesuai agar aktiviti seterusnya dapat dilaksanakan tanpa gangguan keletihan.

Begitulah sehingga dalam perkara yang besar dan penting yang menentukan keadaan kita pada masa hadapan sudah semestinya kita tidak berdolak-dalih dan mencari seribu alasan untuk membuat pilihan agar arah tuju yang kita lalui adalah yang terbaik untuk diri.

Tidakkah kita sedari nikmat yang Allah berikan kepada kita ini? Pemberian anugerah yang menjadikan kita merasa erti hidup. Tidak seperti binatang yang hanya ber’naluri’ semata. Tiada pilihan dalam erti menentukan arah tuju. Segalanya telah ada soal jawabnya. Jika lapar ini makanannya. Jika kehausan ini minumnya. Jika menceroboh kekuasaan ini padahnya.

Namun kita sebagai manusia cukup berlainan. Berlainannya kita sehingga Allah memerintahkan para malaikat dan iblis agar sujud kepada manusia pertama. Berlainannya kita sehingga Allah mengutuskan Adam dan Hawa serta keturunannya ke muka bumi sebagai khalifatullah. Berlainannya kita sehingga Allah memuliakan kita dengan risalah-Nya yang gunung pun akan hancur berkecaian jika diberi pertanggungjawaban untuk memikulnya. Berlainannya kita sehingga kita diberi keistimewaan dalam memilih arah kehidupan.

Jadi mengapa tidak kita manfaatkan keberlainan yang Allah telah anugerahkan ke atas setiap dari kita? Semuanya diberi peluang dan semuanya boleh membuat pilihan. Maka telitilah dengan kebijaksanaan. Bandingkan dengan nilai kebenaran. Setelah yakin bersimpul kental, pilihan itu kita laksanakan menuju arah tujuan. Jangan lupa pula untuk sesekali behenti dan menoleh ke belakang bagi menilai ketepatan jalan. Agar jika tersalah boleh dibetulkan dan jika sudah benar lebih teguh keyakinan. Bahawa itulah pilihan tepat antara dua jalan.

91_991_101

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” [Asy-Syams: 9-10]

Moga bermanfaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s