Eh! Menarik ke isu tu?

Assalamualykum wbt.

Kalau ditanya apakah isu-isu yang menarik hari ini, apakah jawapan kita?

“Isu ini kot.”
“Eh! Menarik ke isu tu?”

Hmm, mungkin juga bergantung pada orientasi seseorang itu. Kalau buah limau sahaja yang digila-gila, sebesar dan sesedap manapun buah durian itu, tetap tidak menarik juga.

Mungkin sesetengah dari kita ingin berkata bahawa kemenangan Barrack Obama di Amerika Syarikat merupakan suatu perkembangan yang menarik.

Atau kegagalan Tengku Razaleigh Hamzah dalam mendapatkan pencalonan hanya kerana tidak mahu berpolitik wang, merupakan sesuatu yang tidak begitu menarik.

Menarik atau tidak, kedua-duanya tidak penting. Apa yang penting bagi setiap dari kita adalah kemampuan kita untuk menilai situasi tersebut.

Kegagalan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pencalonan UMNO menggambarkan bahawa masalah (baca: “Kemaksiatan”) politik wang atau rasuah atau duit haram merupakan hal yang masih kuat berakar umbi dalam para pemimpin kita. Mungkin suatu fakta yang tidak asing bagi kita. Tetapi hati seorang mukmin perlu rasa sedih apabila ia melihat kemaksiatan bermaharajalela sedangkan Islam dijadikan alat permainan.

Bagaimana pula dengan Barrack Obama? Kejayaannya meraih kepercayaan rakyat Amerika Syarikat dan sekaligus memegang tampuk kepimpinan “Dunia” merupakan satu titik perubahan penting. Setidak-tidaknya untuk rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Namun, bagaimana pula pandangan pihak di belahan dunia yang lain? Cukuplah jawapan ringkas dari mereka berkaitan kepimpinan baru Amerika Syarikat tersebut, “Tiada perbezaan antara Barrack Obama dan McCain“. Untuk lebih lanjut, bolehlah membaca pautan yang disertakan bersama kiriman ini.

Moga bermanfaat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s