Pembeda

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kami memujiNya, memohon pertolonganNya, dan memohon ampunanNya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan kejelekan amal kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan maka tiada ada yang memberikannya petunjuk untuknya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya.

Amma ba’du.

Suatu peristiwa yang saya saksikan semalam sewaktu menikmati makan tengah hari sebelum solat Jumaat di laman Union House, Melbourne Universiti. Peristiwa ini memaparkan kisah kehidupan sekumpulan burung yang menjadikan laman tersebut tempat pencarian rezeki mereka. Kebiasaannya burung-burung ini berkeliaran di hadapan setiap warga Unimelb yang sedang menikmati makan dengan harapan mendapat peluang untuk mendapatkan sisa makanan yang mungkin terjatuh. Atau jika lebih bernasib baik, pemilik makanan mungkin menawarkan (memberi) sedikit buat mereka.

Apa yang menarik perhatian saya adalah tak kala mereka mencari peluang, seorang pemuda tempatan yang juga berada di kawasan tersebut menawarkan (melontar) sesuatu terhadap burung tersebut seperti hendak memberi makan layaknya. Namun tiada reaksi daripada sekumpulan burung tersebut. Setelah lama memerhati barulah saya sedar apa yang dilontarkan oleh pemuda tersebut. Yakni batu kerikil kecil. Sungguh menakjubkan situasi tersebut. Siapa sangka burung kecil itu mampu membezakan antara makanan dan batu walau kedua-dua hampir sama warnanya.

Apa kaitan dengan kita?
Bukanlah saya ingin mengatakan kita (manusia) tidak mampu untuk membezakan antara makanan dengan batu, melainkan jika manusia itu mengalami kecederaan bahagian otak yang berperan untuk mengenalpasti objek. Mereka mampu melihat dan otak mendapat maklumat tentang objek itu. Tetapi bila ditanya apakah objek itu?, mereka tidak tahu jawapannya.

Yang saya ingin bangkitkan adalah situasi manusia hari ini dalam membezakan antara yang benar (haq) dengan yang salah (batil) dalam kehidupan seharian. Yang terutamanya adalah kita yakni, umat Islam sendiri. Di setiap detik kita dihujani oleh ideologi yang pelbagai dari sumber yang tidak kita ketahui. Kita mampu melihat kehadirannya dan maklumatnya sampai ke minda kita. Namun bila ditanya akan hakikat sebenar ideologi yang pelbagai itu, kita tidak mampu untuk membedakannya.

Yang lebih malang adalah kita mencampuradukkan ideologi-ideologi tersebut dengan prinsip suci yang kita yakini. Kerana kedangkalan pengetahuan dan jiwa yang hampir mati, kita hanya menyangka-nyangka bahawa dengan mencampuraduk ideologi-ideologi tersebut dengan prinsip yang suci, maka sucilah ideologi-ideologi tersebut dan boleh saja diamalkan.

Di mana silap kita?
Kebanyakan lebih banyak menunding jari kepada siapa ingin dipersalahkan atas kebodohan kita sendiri. Ada yang menunding ke pihak sana dan ada yang menunding ke pihak sini. Sedangkan dengan berkelakuan demikian tidak mengurangkan sedikit pun punca kepada kebodohan kita dan kita pula akan berterusan tidak menyedari di mana silapnya. Malah yang lebih teruk lagi adalah kita menyangka bahawa kita berada dalam keadaan yang aman dan merasa cukup dengan keadaan diri. Meyakini bahawa hanya dengan keadaan berpada-pada begini sudah memadai untuk menjamin kesejahteraan kelak. Maka benar-benar terpedaya jika kita beranggapan sedemikian.

Bagaimana mahu membebaskan diri?
Sudah banyak orang-orang shaleh yang telah menjelaskan hal ini. Karya-karya mereka melimpah ruah yang seharusnya kita teguk dengan sebenar-benarnya. Dan kebanyakan karya mereka tidak melahirkan percanggahan kerana sumber rujukannya adalah sama. Apakah sumber itu? Bukankah Allah swt telah berfirman yang bermaksud;

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). -hingga akhir ayat- ” (Al-Baqarah: 185)

Dan sepertimana yang dikatakan Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah saw berkhutbah di hadapan manusia pada haji wada’, yang mana sabdanya adalah;

“Sesungguhnya setan telah berputus asa untuk disembah di tanah (negeri) kalian, akan tetapi dia rela ditaati dalam perkara selain dari itu dari amal-amal yang kalian anggap remeh, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kalian sesuatu yang mana kalian tidak akan tersesat untuk selama-lamanya asalkan kalian berpegang kepadanya yaitu kitab Allah dan Sunnah NabiNya.”[1]

***

Maka sudahkah jelas akan penyakit ini kepada diri masing-masing? Sudahkan dikenalpasti di mana letaknya asal penyakit tersebut? Jika ya, bagaimana persediaan kita untuk mengubatinya? Tanyalah diri sendiri di tahap mana kita berada.

Moga bermanfaat.

Nota Kaki:
[1] Diriwayatkan oleh al-Hakim, dan dia berkata, “Sanadnya shahih. Al-Bukhari berhujjah dengan Ikrimah sementara Muslim berhujjah Abu Uwais. Dan hadits ini memiliki dasar dalam ash-Shahih.”

Sumber:
a. Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, susunan semula oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s